Friday 29 March 2013

NATALSHAPE


Susu bernutrisi untuk ibu yang melahirkan dan menyusukan bayi yang dirumuskan dengan 11 jenis bahan semulajadi terpilih dan sumber makanan SUNNAH.



KACIP FATIMAH
Mengandungi elemen antioksidan dan phytoestrogen. Mencegah pembiakkan sel pra-kanser. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen. Mengukuhkan struktur tulang dan melambatkan proses penuaan. Merawat masalah keputihan. Membuang angin dalam badan. Melancarkan proses kelahiran bayi. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin dan membantu pengecutan rahim. Melangsingkan badan dan membantu menegangkan otot-otot.


BUAH DELIMA
Kaya dengan zat sodium, zat besi, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin A, B1, B2, B3 dan C, kalsium serta fosforus. Mempunyai antioksidan tinggi untuk penyakit jantung, penyakit tua dan barah. Dapat mengubati cirit-birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan melawas penghadaman. Zat besi merupakan unsur penting dalam pembentukan darah merah. Sodium dan potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung yang normal. Menunjangkan kepekaan saraf dan otot untuk berfungsi secara teratur, mencegah edema dan mengurangkan kadar gula dalam darah. Menghilangkan rasa letih otot dan menguatkan jantung. Menghalang pembentukan sel kanser. Mencantikkan kulit. Mengurangkan berat badan dan memperelokkan rahim.


KALSIUM

Merupakan mineral yang sangat penting untuk pembentukan tulang dan gigi. Kepentingannya juga adalah untuk mencegah osteoporosis. Amat penting kepada wanita yang melahir dan menyusukan anak.


KURMA
Kaya dengan unsur zat besi, kalsium, fosforus, sodium, niasin, serat, vitamin A dan C, zat galian iaitu potassium , magnesium dan kalsium. Memudahkan ibu-ibu untuk bersalin. Potassium diperlukan untuk sistem saraf untuk merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin dan meningkatkan sistem pertahanan badan. Mencegah barah payudara dan rahim.



BUAH MANJAKANI
Kaya dengan tannin, asid tanik, antioksidan, serat, besi, karbohidrat, vitamin A dan C, kalsium, protein serta elemen astringent, anti-mikrobial dan anti radang. Merawat keputihan, gatal-gatal, sakit tekak, ulser dan masalah kulit. Antioksida untuk melambatkan proses penuaan sel, mencegah barah payudara dan rahim. Asid galik mencegah kencing manis dan lelah. Bersifat astrigen iaitu berupaya membasmi bakteria dan kuman pada faraj, berupaya mengecutkan tisu-tisu dalam faraj, berupaya menyerap lendir dan lelehan faraj. Menegangkan dan mencantikkan kulit serta dapat mencegah jerawat. Mengawal kulit dari kering dan berminyak. Tanin membantu memulihkan otot dalaman, menegangkan otot dalam faraj dan merapatkan bahagian yang longgar atau kendur. Membaiki dan menganjalkan otot-otot payudara. Meningkatkan hormon estrogen. Melancarkan sistem pencernaan. Membersihkan dan membina rahim bagi wanita selepas bersalin atau haid. Mengurangkan selulit.


MANNA (GAM ARAB)
Mempunyai kandungan prebiotik semulajadi tertinggi sama fungsi dengan prebiotik yang terdapat dalam susu ibu and 10 kali ganda kaya dengan kalsium yang terdapat dalam susu lembu. Prebiotik adalah sejenis makanan untuk bakteria semula jadi yang terdapat dalam perut yang menentukan pengkhadaman makanan dapat berfungsi dengan baik. Juga boleh mengatasi masalah senak perut dan sembelit, mengawal kedudukan gula dalam badan, meningkatkan sistem imunasi dan menguatkan tenaga.


MARIN KOLAGEN

Kajian klinikal menunjukan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit. Struktur kolagen marin adalah hampir sama dengan kolagen manusia.


STEVIA
Merupakan pemanis semulajadi yang tidak mengandungi kalori. Mengimbangkan kandungan gula dalam darah. Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh. Melicinkan dan memutihkan kulit. Membantu menurunkan tekanan darah. Membantu sistem penghadaman. Membantu masalah insomnia dan mengawal berat badan berlebihan.



SUSU KAMBING

Susu Kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu dan kaya dengan protien, enzim dan mengandungi faktor anti penuaan, antiarthritis dan antibarah. Mengandungi antibodi untuk merawat penyakit gastrik, demam kuning, lelah, penyakit kulit, memulih tenaga batin, sakit jantung peringkat awal, ulser perut serta membantu dalam pembentukan tulang dan gigi serta berbagai lagi penyakit kerana susu kambing merupakan makanan tambahan yang baik untuk kesihatan.



SUSU RENDAH LEMAK
Membekalkan kebaikan khasiat tanpa lemak dan kalori adalah pilihan bijak untuk kekal langsing kepada ibu selepas melahirkan.







VANILLA
Merupakan bahan pewangi dalam makanan dan mengandungi antioksidan tinggi. Membantu mengawal nafsu makan. Antioksidan untuk mencantikkan dan mencerahkan kulit. Menenangkan urat saraf, membangkitkan mood dan membantu menurunkan berat badan..


Thursday 28 March 2013

NATALICIOUS

Susu bernutrisi untuk ibu hamil diperkaya dengan rumusan terbaru daripada 12 jenis bahan semulajadi terpilih dan sumber makanan SUNNAH.


Susu Kambing
Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana  kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. 


Buah Delima
Pengambilan buah delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Delima juga mengandungi potassium dimana dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam. Delima juga membantu menghasilkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Sabda Nabi Muhammad saw, “ Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima syurga di dalammya” (HR Abu Nu’aim)


Marin Collagen
Kolagen daripada sumber marin sangat berkesan untuk mengatasi masalah kulit kering, kusam, tidak sekata, berparut dan berkedut.




Alfalfa Klorofil
Alfafa merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai struktur akar yang unik di mana ia boleh menyerap pelbagai zat galian, vitamin dan lapan jenis asid amino dan amat kaya dengan metionin, vitamin A, C, D dan K. Alfafa sememangnya diketahui kaya dengan klorofil iaitu sekurang-kurangnya empat kali lebih tinggi daripada sayur-sayuran biasa. Alfalfa amat kaya dengan Asid Alfa Lipolik (ALA), Zink,Selenium, Vitamin A, C, E dan mineral lain seperti kalsium, kobalt, kromium, fosforus, silicon, potassium, mangan,magnesium dan zat besi. 



Manna
Kaya dengan fiber diet boleh larut yang memudahkan sistem pencernaan. Membantu proses gastrointestinal badan. Mengandungi serat yang membantu mengurangkan gas dalam badan. Menggalakkan pembiakan bakteria sihat di dalam perut dan ia mencegah kanser kolon, sembelit dan cirit-birit. Membantu melawan penyakit kencing manis dan jantung. Memberi rasa kenyang yang berpanjangan.


Vanilla
Khasiat Vanilla adalah menenangkan saraf, membantu mengurangi berat badan dan meningkatkan mood.





Buah Pisang
Pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Bagi ibu hamil, dengan memakan buah pisang dikatakan mampu memastikan tahap gula dalam darah meningkat dan keadaan ini mampu mengelakkan anda daripada mengalami masalah 'morning sickness'.


Bayam
Bayam kaya dengan sumber vitamin K, A, C, B2, B6, mangan, folat, magnesium, besi, kalsium dan kalium. Bayam juga merupakan sumber baik untuk serat pemakanan, protein, fosforus, zink dan vitamin E. Selain itu, bayam juga merupakan sumber baik asid berlemak omega 3, niasin dan selenium. Terdapat 13 jenis sebatian flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan agen anti kanser. Folat dalam bayam juga diperlukan bagi pembesaran fetus terutamanya untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. Kecacatan seperti bibir sumbing atau spin bifida boleh terjadi disebabkan kekurangan folat.


Kalsium
Kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi, mencegah osteoporosis, membantu pengecutan otot jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan pedih ulu hati serta membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.


Susu Rendah Lemak
Susu rendah lemak memberikan kalsium, vitamin dan mineral yang sama di dalam susu penuh krim tetapi kandungan lemaknya adalah rendah.




Kismis
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".


Stevia
Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Stevia mengandungi vitamin A, B, C dan mineral penting untuk pertumbuhan kanak-kanak.



RAHSIA SUSU IBU



Tahukah anda diluar sana, kajian mendapati bayi yang diberikan susu ibu sepenuhnya akan mempunyai IQ yang tinggi antara tujuh hingga sepuluh peratus berbanding bayi yang diberikan susu formula. Ini kerana susu ibu mengandu...ngi DHA (docasahexaenoic acid), sejenis asid lemak pada Omega-3 yang sangat penting untuk pertumbuhan otak. Tiada susu formula yang dapat menandingi kehebatan dan khasiat susu ibu. Anak yang menyusu ibu juga akan mempunyai ketahanan serta keimunan terhadap penyakit.

Jadi, semuanya bergantung kepada ibu untuk memberikan yang terbaik kepada bayi mereka. Untuk menghasilkan anak yang bijak dan pintar tentulah dari pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Susu ibu adalah makanan awal yang terbaik untuk bayi anda. Ibu juga perlu makan makanan yang berkhasiat utuk memenuhi nutrisi pemakanan bayi. Oleh itu SUSU NATALSHAPE adalah pilihan yang BIJAK.

Jom follow kami on page
https://www.facebook.com/pages/Rahsia-Ibu-Sihat/344115689032195

 

Tuesday 26 March 2013

Natalicious & Natalshape


SUSU NATALICIOUS sangat bagus untuk ibu yang sedang hamil kerana mengandungi makanan Sunnah Rasulullah seperti kurma dan kismis. Khasiat yang baik untuk mengelakkan 'morning sickness', mengelakkan kekejangan kaki, mengandungi kalsium baik untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Memakan buah kurma juga dapat membantu kelancaran semasa bersalin.


                               

SUSU NATALSHAPE pula sangat bagus diamalkan oleh ibu yang sedang berpantang dan juga ibu yang sedang menyusukan bayi kerana mengandungi makanan Sunnah Rasulullah seperti susu kambing, buah delima, kurma, dll. Dengan pengambilan susu ini bukan sahaja ibu kembali segar dan cergas malahan juga susu badan akan semakin bertambah.

 
Belum cuba belum tau ! sudah cuba pasti akan suka...Insyaallah dan Alhamdulillah ramai yang telah mencuba dan memberikan feedback yang baik.

Untuk maklumat lanjut bolehla rujuk di page facebook saya: https://www.facebook.com/pages/Rahsia-Ibu-Sihat/344115689032195
ataupun sms terus kepada Shuhada (0199431325)