Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Monday, 21 April 2014

TIPS HILANGKAN BATUK TANPA GUNAKAN UBAT?



Untuk pengetahuan parents semua, menurut kajian oleh Canadian Family Physician, ubat batuk bahaya untuk kanak-kanak dibawah umur 4 tahun. Penggunaan ubat batuk boleh menyebabkan kematian!!

Tapi parents boleh amalkan tips ini untuk kurangkan batuk anak-anak. InsyaAllah.. jika diizinkanNya , berkesan.

1) Rehatkan anak:
Tenaga diperlukan untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang cukup, proses penyembuhan dapat berlaku

2) Mandi air Suam (semua peringkat umur)
air suam membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak.
- juga membantu merehatkan minda anak-anak.

3) Saline drops dan Bulb syringe (semua peringkat umur)
- penggunaan saline drops melegakan hidung tersumbat.
- Bulb syringe bagus digunakan untuk bayi. gunakan 15 minit sebelum menyusu baby, supaya penyusuan lebih lancar.

4) Vapor rubs ( 3 bulan keatas)
kajian menunjukkan kandungan vapor rubs tiada kesan keatas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anak bernafas dengan lebih baik keran kesan penyejukan bahan vapor rubs

5) Banyakkan minum air ( 6 bulan keatas)
Air membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak

6) Sup panas/suam ( 6 bulan keatas)
Sup panas bantu melegakan hidung yang tersumbat

7) Meninggikan kepala anak semasa tidur (12 bulan keatas)
tinggikan kepala anak semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. keadaan ini membantu anak bernafas dengan lebih baik

8) Madu ( 12 bulan keatas)
Menurut kajian, madu dapat melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. Malah Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

9) Ajar anak keluarkan kahak ( 2tahun keatas)
Ajar anak keluarkan kahak sendiri jika dia dah cukup besar dan pandai keluarkan kahak.

10)Berkumur dengan air garam ( 4 tahun dan keatas)
ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.



Thursday, 3 April 2014

Tips untuk mommy yang ada anak 1-3 tahun.


Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar. Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.
child development, tips pujuk anak, tips pukul anak, online baby shop, kedai barangan bayi, kanak-kanak, petua didik anak, anak nakal

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- baca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.




Wednesday, 2 April 2014

tip mudah bersalin......



1.2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri tenaga.

2.Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.

3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat terbuka

4.Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction

5.Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin

6.Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin

7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg admin amalkan jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)

8. Makan kurma dalam bilangan ganjil

9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby

10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so senang lahirkan baby

11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2 kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.

12.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk

13.Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan bahagian tersebut

14.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan hembuskan dalam segelas air

16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan 37 minggu

17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata orang

jom sama2 share untuk ibu2 di luar sana...